Wednesday, March 25, 2009

Syukur Alhamdullilah


"Kafe Warisan Bilut semasa pengubahsuaian"

Syukur Alhamdullilah ke hadrat Ilahi.....
Dengan izin-Nya, kami dapat menyiapkan dan seterusnya membuka Kafe Warisan Bilut ini dengan rasminya pada 17 March 2009. Banyak dugaan dan rintangan telah di lalui sepanjang tempoh 3 bulan menyiapkan kedai ni...

Terima kasih yang tak terhingga kepada orang-orang yang terlibat tak kira di depan tabir atau di sebalik tabir dan saudara mara, sahabat handai yang banyak membantu...

Kepada kawan-kawan di luar sana jemput lah datang ke kedai kami yang tak seberapa indah tapi InsyaAllah kami akan berikan layanan yang terbaik... Kami masih lagi bertatih dalam dunia perniagaan makanan ini. Sesiapa yang menghala balik ke Raub, Kuala Lipus, Gua Musang, Kelantan atau yang melalui Bentong, sila lah singgah di kedai kami. Kedai ini terletak di Jalan Bilut-Raub (menghala ke Raub kalau dari Bentong)

Buat permulaan ini waktu perkhidmatan kami adalah dari jam 5petang hinggan 2 pagi.
Special menu yang kami hidangkan adalah

*Laksa Bonda (Penang- resipi dari ibu mertua)
*Kueh Tiaw Kerang/Daging Special - di hidangkan panas-panas
*ABC Special
*Dan banyak lagi......

Dengan harga yang berpatutan....

Selain itu ada juga boleh mengisi masa terluang dengan permainan INDOOR seperti DAM, Carroom, Chess, dan DART. Semua permainan ini di sediakan dengan percuma. Anda boleh mainan hingga anda BORING...

Newer Posts Home