Tuesday, June 30, 2009

Aku lah penyambung "Warisan"

Entry terbaru ------------> scroll down

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan( korus )

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki

Aku Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Tuesday, June 23, 2009

Hari Gotong Royong

Pada hari ahad minggu lepas berlangsung majlis gotong-royong di Kafe Warisan Bilut. Gotong-royong membersihkan kawasan mini kebun yang terletak di belakang Kafe Warisan Bilut. Di hadiri oleh orang-orang kuat Kafe Warisan Bilut. Aktiviti yang di lakukan seperti mencabut rumput, menarah rumput, mengalih dan mengumpul kayu-kayu lama, mengutip sampah sarap dan dahan2 kering , membakar sampah sarap dan sebagainya. Bila dah di bersihkan, sejuk dan hijau mata memandang. Ada juga lanskap di belakang kedai daripada di biarkan semak dan lalang je tumbuh menghijau. Kami tanam pokok ni dari mula-mula kedai ni di sewa dan sepanjang tempoh pengubahsuaian kami tambah pokok skit2. Pokok2 yg dah besar mcm pokok pisang tu dah sedia ada, tuan kedai yg tanam. Sekarang dah macam2 pokok ada kat kebun mini nih.... Pokok sayur-sayuran seperti sawi, kangkung, kacang panjang, kacang buncis, kacang kelisa @ kacang botol, timun, tomato, bendi dan cili. Pokok buahan2 plak ada pokok pisang, rambutan, jambu, nenas, amra @ kedondong, tembikai, tebu, jagung dan macam2 lagi lah. Tapi pokok buah lambat lagi lah hasilnya. Pengunjung kedai yang on the way nak ke toilet pasti akan melalui kebun mini kami nih. Respon dari pengunjung pun agak memuaskan hati. Kawasan yang baru di terangkan tu kemungkinan akan di tanam dengan jagung dulu.
Oklah di harap aktiviti seperti ini dapat di teruskan dan dapat mengeratkan hubungan sesama pekerja dan rakan-rakan.
























Jika lalu di Kafe Warisan Bilut jangan lupa singgah yer...
Nak letak peta lokasi tapi tak tau nak create macam mana....
Ada sesiapa boleh membantu tak??? Hehehehehehe...........
Lepas ni entry pokok2 dan sayur2 dari kebun mini warisan.....

Monday, June 15, 2009

Amoorea Beauty Bar @ Sabun Ajaib??



Sedang hangat diperkatakan tentang sabun ini dipasaran. Kami sekeluarga pun tidak lepaskan peluang untuk mencubanya. Langkah pertama (biasale benda baru…was-was lagi..hehe) cuba dulu sapu kat lutut dan siku anak lelaki yang banyak gatal-gatal dan parut…nakal sikitle katakan. Selepas dua hari…alhamdulillah, kesannya amat menakjubkan…Fantastic!! Gatal-gatal telah hilang dan kesan parut pun semakin kurang. Pastu baru cuba gunakan kat muka….lepas 3 minit selepas dicuci…wah wajah nampak berseri dan bercahaya, kulit muka nampak tegang serta merta. Kini selepas 2 minggu semakin banyak perubahan terutama pada bekas jerawat, blackhead dan pigmentation makin pudar.

Maklumat lanjut boleh email saya: mrshazman@gmail.com atau eixora_my@yahoo.com (YM).

Sunday, June 7, 2009

Tiga Bulan Yang............

Salam semua...
Lama tak update kan....
Agak sibuk jugak lah...
Dah hampir 3 bulan kafe warisan bilut beroperasi...
Tempoh 3 bulan masih dalam tempoh pembelajaran dan percubaan, kami mensasarkan 6-12 bulan sebagai tempoh percubaan/pembelajaran. Banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari tentang selok belok perniagaan ini. Pekerja2 yang ada pun semakin mahir. Masalah nak cari tukang masak pun dapat di selesaikan. Doakan semoga kami terus sukses ya....


Nak share sikit gambar sepanjang minggu lepas...










(P/S: Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan, pakai hp jer)

Newer Posts Older Posts Home