Tuesday, June 23, 2009

Hari Gotong Royong

Pada hari ahad minggu lepas berlangsung majlis gotong-royong di Kafe Warisan Bilut. Gotong-royong membersihkan kawasan mini kebun yang terletak di belakang Kafe Warisan Bilut. Di hadiri oleh orang-orang kuat Kafe Warisan Bilut. Aktiviti yang di lakukan seperti mencabut rumput, menarah rumput, mengalih dan mengumpul kayu-kayu lama, mengutip sampah sarap dan dahan2 kering , membakar sampah sarap dan sebagainya. Bila dah di bersihkan, sejuk dan hijau mata memandang. Ada juga lanskap di belakang kedai daripada di biarkan semak dan lalang je tumbuh menghijau. Kami tanam pokok ni dari mula-mula kedai ni di sewa dan sepanjang tempoh pengubahsuaian kami tambah pokok skit2. Pokok2 yg dah besar mcm pokok pisang tu dah sedia ada, tuan kedai yg tanam. Sekarang dah macam2 pokok ada kat kebun mini nih.... Pokok sayur-sayuran seperti sawi, kangkung, kacang panjang, kacang buncis, kacang kelisa @ kacang botol, timun, tomato, bendi dan cili. Pokok buahan2 plak ada pokok pisang, rambutan, jambu, nenas, amra @ kedondong, tembikai, tebu, jagung dan macam2 lagi lah. Tapi pokok buah lambat lagi lah hasilnya. Pengunjung kedai yang on the way nak ke toilet pasti akan melalui kebun mini kami nih. Respon dari pengunjung pun agak memuaskan hati. Kawasan yang baru di terangkan tu kemungkinan akan di tanam dengan jagung dulu.
Oklah di harap aktiviti seperti ini dapat di teruskan dan dapat mengeratkan hubungan sesama pekerja dan rakan-rakan.
























Jika lalu di Kafe Warisan Bilut jangan lupa singgah yer...
Nak letak peta lokasi tapi tak tau nak create macam mana....
Ada sesiapa boleh membantu tak??? Hehehehehehe...........
Lepas ni entry pokok2 dan sayur2 dari kebun mini warisan.....

2 KOMEN:

wahhh tumbuh subur nor py tanaman ... all the bestttt ... ;-)

pas ni bleh la rse hasil tanaman ko ni

Post a Comment

Newer Post Older Post Home