Wednesday, September 30, 2009
SEJARAH
Lurah Bilut
FELDA Lurah Bilut pada asalnya adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadan dengan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Kelau. Tanahnya subur dipenuhi hutan dara yang kaya dengan kayu-kayan berharga. Bilut adalah nama sejenis ikan air tawar atau nama saintifiknya Krytopterus Cryptopterus.
Dahulu, penduduk di sepanjang Sungai Bilut terdiri daripada orang Minangkabau yang berhijrah pada awal abad ke-16 dan menjalankan aktiviti mencari bijih dan emas. Bagaimanapun dalam tahun 1912, mereka berpindah ke utara di kawasan Sungai Jelai dan sekitarnya. Di situ juga terdapat masyarakat orang asli yang hidup berpindah-randah. Ancaman komunis turut menyebabkan masyarakat ini tidak mempunyai penempatan yang kekal.
Penghijrahan masuk penduduk ke penempatan di FELDA Lurah Bilut adalah secara berperingkat-peringkat dengan bilangan peserta seramai 616 orang dan terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada awalnya, semua kerja pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan secara bergotong-royong.Muzium Felda
22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .
Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.
Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.