Wednesday, September 30, 2009

SEJARAH



Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan.bentong akan,mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan kuala lumpur.bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland,Bukit Tinggi.sejarah nama bentong adalah daripada"banyak untung'.kerana pada masa dahulu.bentong mempunyai lombong bijih timah.ayat tersebut dikatakan oleh orang cina yang melombong,sehingga akhirnya ia menjadi"bentong".


Mengikut banci tahun 2000, Bentong mempunyai seramai 97,467 orang penduduk. Bentong merupakan salah satu bandar besar di Pahang. Saiznya lebih kurang menyamai bandar Raub.Populasi sebenar pada tahun 2006 adalah seramai 104,000 orang



Lurah Bilut


FELDA Lurah Bilut pada asalnya adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadan dengan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Kelau. Tanahnya subur dipenuhi hutan dara yang kaya dengan kayu-kayan berharga. Bilut adalah nama sejenis ikan air tawar atau nama saintifiknya Krytopterus Cryptopterus.
Dahulu, penduduk di sepanjang Sungai Bilut terdiri daripada orang Minangkabau yang berhijrah pada awal abad ke-16 dan menjalankan aktiviti mencari bijih dan emas. Bagaimanapun dalam tahun 1912, mereka berpindah ke utara di kawasan Sungai Jelai dan sekitarnya. Di situ juga terdapat masyarakat orang asli yang hidup berpindah-randah. Ancaman komunis turut menyebabkan masyarakat ini tidak mempunyai penempatan yang kekal.
Penghijrahan masuk penduduk ke penempatan di FELDA Lurah Bilut adalah secara berperingkat-peringkat dengan bilangan peserta seramai 616 orang dan terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada awalnya, semua kerja pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan secara bergotong-royong.Muzium Felda




22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .
Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.
Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

0 KOMEN:

Newer Post Older Post Home