Wednesday, April 22, 2009

Xde cerita, tengok gambar jelah.













Wednesday, April 15, 2009

Bilut???

Bilut????

Mesti ada di kalangan pengunjung tertanya apa itu Bilut...
Kenapa Kafe Warisan Bilut???

Nama Kafe di letak kerana pada kami Kafe adalah tempat yang sesuai untuk pelanggan2 kami makan sambil bersantai untuk berkaraoke, bermain permainan INDOOR. Pada kami restoran lebih kepada tempat untuk makan sahaja. Hehehehehe.....

Warisan pula di guna pakai untuk mengekalkan warisan yang sedia ada. Menu yang ada sekarang seperti Laksa ada resipi dari ibu mertua saya. Kami berharap dapat mengekalkan warisannya.

Nama Bilut ini di ambil dari nama tempat suami saya di lahirkan dan di besarkan iaitu Felda Lurah Bilut @ Felda Lembah Bilut @ Bilut Valley. Sebenarnya Bilut ini adalah sejenis ikan sungai

yang banyak terdapat di sungai2 di negeri Pahang.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Bilut ada semua boleh berkunjung ke Muzium Felda Lurah Bilut bagi mendapatkan sejarah mengenai felda.....






Stall Untuk Di Sewa

Stall untuk di sewa di Kafe Warisan Bilut, Bentong, Pahang.
Pada sesiapa yang berminat untuk menyewa stall untuk meniaga apa2 jenis perniagaan seperti kerang bakar, burger, rojak, ikan bakar atau apa sahaja selagi tidak bertentangan dengan syarat yang di sediakan boleh hubungi saya di


KAFE WARISAN BILUT
Tel: 019-3442853, 018-2233680, 018-2235605, 012-3482041
Email:
kafewarisanbilut@gmail.com

Friday, April 10, 2009

Sebulan Sudah Berlalu...

Pejam celik pejam celik...
Dah hampir sebulan kafe warisan bilut beroperasi...
Alhamdullilah kami semakin di kenali...

Sepanjang tempoh sebulan pelbagai perkara telah berlaku...
Abang ipar saya selaku orang kuat kafe warisan bilut ini telah kembali ke rahmatullah pada 26 March 2009 akibat serangan jantung. Pemergian bagaikan kejutan buat kami semua. Dalam sihat dan ceria dia pergi..... Itulah kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Semoga rohnya di cucuri rahmat bersama arwah ibu mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah 3 bulan yang lepas. Al-Fatihah! Kami telah menutup kedai selama 4 hari bagi berkabung/memperingati arwah. Pada 4hb April 2009 ayah mertua saya pula di masukkan ke hospital kerana deman panas yang tinggi. Dia di tahan selama 5 hari. Alhamdullilah, tiada masalah serius, tapi sehingga hari ini keadaannya masih lagi tidak sihat. Mungkin faktor umur nya yang telah menjangkau 83 tahun menyebabkan sistem ketahanan badannya agak lemah.

Alamak dah terpesong cerita plak yer...
Berbalik pada cerita kafe....
Sebelum ni kami hanya menyediakan menu seperti keuh tiaw goreng, laksa, sup dan makanan ringan lain. Kini, semua makanan seperti makanan panas boleh di dapati di kafe warisan bilut ini.
Ala carte' dan tomyam... Makanan ringan juga masih di sediakan...

Pada rakan2 semua, sila lah berkunjung ke kafe warisan bilut, pelbagai makanan di sediakan. Jika tidak mahukan makanan yang berat anda boleh mencuba makanan ringan seperti Roti Bakar, Laksa, Keropok Lekor, Kentang Goreng dan lain2.

Newer Posts Older Posts Home