Wednesday, April 15, 2009

Bilut???

Bilut????

Mesti ada di kalangan pengunjung tertanya apa itu Bilut...
Kenapa Kafe Warisan Bilut???

Nama Kafe di letak kerana pada kami Kafe adalah tempat yang sesuai untuk pelanggan2 kami makan sambil bersantai untuk berkaraoke, bermain permainan INDOOR. Pada kami restoran lebih kepada tempat untuk makan sahaja. Hehehehehe.....

Warisan pula di guna pakai untuk mengekalkan warisan yang sedia ada. Menu yang ada sekarang seperti Laksa ada resipi dari ibu mertua saya. Kami berharap dapat mengekalkan warisannya.

Nama Bilut ini di ambil dari nama tempat suami saya di lahirkan dan di besarkan iaitu Felda Lurah Bilut @ Felda Lembah Bilut @ Bilut Valley. Sebenarnya Bilut ini adalah sejenis ikan sungai

yang banyak terdapat di sungai2 di negeri Pahang.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Bilut ada semua boleh berkunjung ke Muzium Felda Lurah Bilut bagi mendapatkan sejarah mengenai felda.....






0 KOMEN:

Newer Post Older Post Home