Friday, April 10, 2009

Sebulan Sudah Berlalu...

Pejam celik pejam celik...
Dah hampir sebulan kafe warisan bilut beroperasi...
Alhamdullilah kami semakin di kenali...

Sepanjang tempoh sebulan pelbagai perkara telah berlaku...
Abang ipar saya selaku orang kuat kafe warisan bilut ini telah kembali ke rahmatullah pada 26 March 2009 akibat serangan jantung. Pemergian bagaikan kejutan buat kami semua. Dalam sihat dan ceria dia pergi..... Itulah kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Semoga rohnya di cucuri rahmat bersama arwah ibu mertua saya yang telah kembali ke rahmatullah 3 bulan yang lepas. Al-Fatihah! Kami telah menutup kedai selama 4 hari bagi berkabung/memperingati arwah. Pada 4hb April 2009 ayah mertua saya pula di masukkan ke hospital kerana deman panas yang tinggi. Dia di tahan selama 5 hari. Alhamdullilah, tiada masalah serius, tapi sehingga hari ini keadaannya masih lagi tidak sihat. Mungkin faktor umur nya yang telah menjangkau 83 tahun menyebabkan sistem ketahanan badannya agak lemah.

Alamak dah terpesong cerita plak yer...
Berbalik pada cerita kafe....
Sebelum ni kami hanya menyediakan menu seperti keuh tiaw goreng, laksa, sup dan makanan ringan lain. Kini, semua makanan seperti makanan panas boleh di dapati di kafe warisan bilut ini.
Ala carte' dan tomyam... Makanan ringan juga masih di sediakan...

Pada rakan2 semua, sila lah berkunjung ke kafe warisan bilut, pelbagai makanan di sediakan. Jika tidak mahukan makanan yang berat anda boleh mencuba makanan ringan seperti Roti Bakar, Laksa, Keropok Lekor, Kentang Goreng dan lain2.

0 KOMEN:

Newer Post Older Post Home