Thursday, July 30, 2009

Menu Terkini di Kafe Warisan Bilut

Rojak Buah Tempatan!!!

(Gambar ihsan dari pencarian google)

Dapatkan Rojak Buah yang pasti menyelerakan di Kafe Warisan Bilut dengan harga yang berpatutan....

Ini ada resipi kuah rojak dan tips yang di ambil dari http://hamidah-surirumah.blogspot.com/

Untuk seperiuk besar sos, ni kira boleh buat kenduri punya saiz manusialah..

Bahan-bahan:-
2 botol besar kicap Tamin
1 paket 250g cili serbuk baba
1 kg sos cili kimball
3/4 kg gula merah
1 kg gula putih
1/2 bekas kecil petis udang (cap 2 budak)
1/2 bungkus belacan cap kereta lembu yang bentuk bulat (direndam dan ramas hingga hancur)
sedikit garam
2 sudu besar bijan
2 cawan air
kacang tanah goreng yang telah ditumbuk/blend kasar-kasar.
Kalau suka campur bijan yang telah disangan/goreng.

Cara-cara membuatnya:-
Masukkan air dalam periuk. Biarkan mendidih baru masukkan kicap. Kicap dah mendidih baru masukkan cili serbuk. Pastikan cili tidak berketul-ketul. Masukkan bahan lain satu persatu kecuali bijan. Apabla sos dah nak sebati dan betul-betul mendidih, baru masukkan bijan. kacau lagi atas api perlahan sehingga sos nampak berkilat.
Jangan risau, sos ni tahan lama. Kalau masuk dalam peti setahun pun boleh tahan.


Tips nak makan rojak buah paling kick!
1) Bubuh kacang ketika nak makan. Kacang yang di kisar kasar-kasar akan terasa apabila dikunyah.
2) Untuk dapatkan buah yang rangup, saya tidak kacau buah dan sos, tapi dituang atau dicicah sahaja. Lebih elok kalau buah dipotong besar sedikit dan disimpan dalam peti sejuk. Kruk krak bunyinya..
3) Buah timun dan nanas amat mudah berair apabila telah disiram sos. Jadi eloklah buah timun dan nanas ni diletak bahagian atas mangkuk/bekas dan selepas buah yang keras seperti mangga, betik, jambu batu, kedondong atau jambu.
Tengok ni... berkala-kala. Sapa tengok tak terliur, tak taulah..
Sesape yang terliur boleh mencuba resipi di atas atau terus saja ke Kafe Warisan Bilut untuk menikmati Rojak Buah Tempatan.


0 KOMEN:

Newer Post Older Post Home