Thursday, November 19, 2009

::santai::


Sunday, November 1, 2009

Dapatkan Produk DCL di Kafe Warisan Bilut











Wednesday, September 30, 2009

Iklan Percuma. Iklan Percuma Dot Com - Portal Iklan Anda! - Malaysia's Top Free Online Classifieds - Iklan anda di sini hari ini - PERCUMA

Iklan Percuma. Iklan Percuma Dot Com - Portal Iklan Anda! - Malaysia's Top Free Online Classifieds - Iklan anda di sini hari ini - PERCUMA

Shared via AddThis

SEJARAH



Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan.bentong akan,mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan kuala lumpur.bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland,Bukit Tinggi.sejarah nama bentong adalah daripada"banyak untung'.kerana pada masa dahulu.bentong mempunyai lombong bijih timah.ayat tersebut dikatakan oleh orang cina yang melombong,sehingga akhirnya ia menjadi"bentong".


Mengikut banci tahun 2000, Bentong mempunyai seramai 97,467 orang penduduk. Bentong merupakan salah satu bandar besar di Pahang. Saiznya lebih kurang menyamai bandar Raub.Populasi sebenar pada tahun 2006 adalah seramai 104,000 orang



Lurah Bilut


FELDA Lurah Bilut pada asalnya adalah sebuah lembah di Banjaran Titiwangsa bersempadan dengan Sungai Bilut dan Hutan Simpan Kelau. Tanahnya subur dipenuhi hutan dara yang kaya dengan kayu-kayan berharga. Bilut adalah nama sejenis ikan air tawar atau nama saintifiknya Krytopterus Cryptopterus.
Dahulu, penduduk di sepanjang Sungai Bilut terdiri daripada orang Minangkabau yang berhijrah pada awal abad ke-16 dan menjalankan aktiviti mencari bijih dan emas. Bagaimanapun dalam tahun 1912, mereka berpindah ke utara di kawasan Sungai Jelai dan sekitarnya. Di situ juga terdapat masyarakat orang asli yang hidup berpindah-randah. Ancaman komunis turut menyebabkan masyarakat ini tidak mempunyai penempatan yang kekal.
Penghijrahan masuk penduduk ke penempatan di FELDA Lurah Bilut adalah secara berperingkat-peringkat dengan bilangan peserta seramai 616 orang dan terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pada awalnya, semua kerja pembinaan rumah dan penanaman getah diusahakan secara bergotong-royong.Muzium Felda




22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .
Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.
Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan....


Saturday, August 15, 2009

RAJA BUAH DI KAFE WARISAN BILUT

Ini gambar lama sebenarnya. Di ambil dalam bulan July yang lepas.
Tapi di sebabkan kesibukan yang terlampau tak sempat nak upload gambar nih...
Raja buah????? Durian lah...
Satu keluarga memang suka makan durian, kebetulan kakak ipar dan biras sekeluarga datang kafe, so kitaorg jamulah dorang dengan durian. Memang rezeki dorang lah tuh’.


*asalnya satu bakul, tapi teringat nak snap lepas dah tinggal separuh bakul


*layan...


*sedap!!!!


*anak beranak tengah layan makan durian


*anak buah....


*seulas masuk mulut...


*"ibu, nak lagi....."


*en suami kopek durian..


*sedang layan makan durian, hujan turun.... bebudak ni pun sakan main hujan lah...


*dari makan kat stall, pindah masuk makan kat dalam, sambung makan lagi....

Sekian,

Kafe Warisan Bilut.

Thursday, July 30, 2009

Menu Terkini di Kafe Warisan Bilut

Rojak Buah Tempatan!!!

(Gambar ihsan dari pencarian google)

Dapatkan Rojak Buah yang pasti menyelerakan di Kafe Warisan Bilut dengan harga yang berpatutan....

Ini ada resipi kuah rojak dan tips yang di ambil dari http://hamidah-surirumah.blogspot.com/

Untuk seperiuk besar sos, ni kira boleh buat kenduri punya saiz manusialah..

Bahan-bahan:-
2 botol besar kicap Tamin
1 paket 250g cili serbuk baba
1 kg sos cili kimball
3/4 kg gula merah
1 kg gula putih
1/2 bekas kecil petis udang (cap 2 budak)
1/2 bungkus belacan cap kereta lembu yang bentuk bulat (direndam dan ramas hingga hancur)
sedikit garam
2 sudu besar bijan
2 cawan air
kacang tanah goreng yang telah ditumbuk/blend kasar-kasar.
Kalau suka campur bijan yang telah disangan/goreng.

Cara-cara membuatnya:-
Masukkan air dalam periuk. Biarkan mendidih baru masukkan kicap. Kicap dah mendidih baru masukkan cili serbuk. Pastikan cili tidak berketul-ketul. Masukkan bahan lain satu persatu kecuali bijan. Apabla sos dah nak sebati dan betul-betul mendidih, baru masukkan bijan. kacau lagi atas api perlahan sehingga sos nampak berkilat.
Jangan risau, sos ni tahan lama. Kalau masuk dalam peti setahun pun boleh tahan.


Tips nak makan rojak buah paling kick!
1) Bubuh kacang ketika nak makan. Kacang yang di kisar kasar-kasar akan terasa apabila dikunyah.
2) Untuk dapatkan buah yang rangup, saya tidak kacau buah dan sos, tapi dituang atau dicicah sahaja. Lebih elok kalau buah dipotong besar sedikit dan disimpan dalam peti sejuk. Kruk krak bunyinya..
3) Buah timun dan nanas amat mudah berair apabila telah disiram sos. Jadi eloklah buah timun dan nanas ni diletak bahagian atas mangkuk/bekas dan selepas buah yang keras seperti mangga, betik, jambu batu, kedondong atau jambu.
Tengok ni... berkala-kala. Sapa tengok tak terliur, tak taulah..
Sesape yang terliur boleh mencuba resipi di atas atau terus saja ke Kafe Warisan Bilut untuk menikmati Rojak Buah Tempatan.


Wednesday, July 29, 2009

Akan Datang...

Sotong Kangkung@ Kafe Warisan Bilut


(Gambar ihsan dari pencarian google)
InsyaAllah, Kafe Warisan Bilut akan menyediakan menu "Sotong Kangkung" sempena bulan puasa akan datang.
Tapi rasanya sebelum bulan puasa kami akan "lancarkan" menu terbaru kami ini.
Pada asalnya menu ini akan di datangkan secara berduet bersama dengan Rojak Buah tapi kami terpaksa dulukan Rojak Buah atas sebab masalah teknikal.
Mungkin tak lama lagi Sotong Kangkung plak yer....
Memang hasrat kami untuk mempelbagaikan menu di Kafe Warisan Bilut, kiranya macam "One Stop Centre". Semua yang anda inginkan ada di sini.
Jom tengok resipi yang di ambil dari Mesra.Net
Sotong Kangkung
Bahan-Bahan:
Sotong kurita - 1 ekor
Kangkung - 1 ikat
Tahu - 4 keping (digoreng)
Kacang ( digoreng & kisar)
Kuah rojak (ready made), boleh ambil resipi dari entry Rojak Buah.

Cara-Cara:
Rebus sotong hingga lembut.Begitu juga dengan kangkung, rebus sehingga layu. Gunting kedua-dua bahan dan campurkan sekali.Hiriskan tahu goreng dan letakkan diatas sotong dan kangkung tadi.Kemudian, taburlah kacang dan akhir sekali tuang kuah rojak di bahagian atas resepi.

Tuesday, July 14, 2009

Ais Krim Goreng

Nantikan kehadiran ais krim goreng di Kafe Warisan Bilut...

Untuk yg ingin mencuba sendiri boleh gunakan resipi ni...
Sedap...


Aiskrim Goreng Bersalut Conflakes dan Walnut (Myresipi.com)
Bahan-bahan ( 5 orang ):-
5 scoop aiskrim vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes
1 cawan chopped walnuts
minyak untuk menggoreng
sirap coklat secukupnya

Cara-cara:-
Scoop aiskrim yg saya guna seperti gambar disebelah
Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.

Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.

Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.

Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.

Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.

** Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.
Untuk melihat resipi ini secara terperinci sila pergi ke :- http://www.myresipi.com/top/detail/500

Wednesday, July 8, 2009

HPA - Produk Halal Tanggungjawab Bersama


HPA, Menjadi Pilihan Kerana ...
*Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM.
*Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP.
*Mempunyai 20 TAHUN pengalaman dalam Industri HERBA
*Lebih 178 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD.
*11 Ganjaran lumayan untuk AHLI.
*Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)
*Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.Kelulusan dari Biro Farmaseutikal *Negara (BPFK) Malaysia.
*Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah
*Memiliki sebuah "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi".
Jadilah Ahli sekarang!
Hubungi saya (Nor - 0182235605) di Kafe Warisan Bilut....

Monday, July 6, 2009

Dapatkan One Drop Perfume di Kafe Warisan Bilut...

Egyptian Potion Perfumes merupakan haruman yang hampir sama dengan jenama antarabangsa. Ia didatangkan dalam bentuk pati minyak wangi Tanpa Alkohol. Oleh itu ia lebih wangi dan kekal lebih lama. Terdapat lapan botol kecil 2.75ml berlainan jenis haruman dalam satu set kotak. Ramai telah memakainya dan secara keseluruhannya mereka berpuashati dengan baunya serta jangkamasa baunya bertahan. Mengapa tidak anda mencubanya.. Cuba dahulu baru tahu.



Perfume pelbagai jenama dalam 1 Kotak !

Kenapa Perlu Memiliki Perfume Egyptian Potion?
*Harga sangat murah, hanya RM40!
*Pati minyak, tiada alkohol dan campuran air!
*Boleh dibawa sembahyang
*Packing yang sungguh cantik, sesuai dijadikan hadiah!
*Roll-on, mudah digunakan
*Hanya gunakan sedikit, wangi seharian berpanjangan!


Untuk WANITA (FOR HER)

Set 1 for WOMEN (Hijau) - RM40
*Inspired by Escape, Calvin Klein
*Inspired by Romance LPV, Ralph Lauren
*Inspired by Pleasure, Estee Lauder
*Inspired by Jennifer, Jennifer Lopez
*Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
*Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
*Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
*Inspired by Apple Blossom, Body Shop

...................................................................................




Set 2 for WOMEN (Ungu) - RM40
*Inspired by Tresor, Lancome
*Inspired by Envy, Gucci
*Inspired by Heaven, One Drop Perfumes
*Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
*Inspired by Gloria, Cacharel
*Inspired by Miracle, Lancome
*Inspired by J'adore, Dior
*Inspired by Intense, Hugo Boss

......................................................................................




Set 3 for WOMEN (Merah) - RM40
*Inspired by CK Be, Calvin Klein
*Inspired by No.5, Chanel
*Inspired by Light Blue, Dolce & Gabbana
*Inspired by Vanilla Musk, Coty
*Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
*Inspired by Women Boss, Hugo Boss
*Inspired by Palace, Paris Hilton
*Inspired by Poeme, Lancome

.......................................................................................




Set 4 for WOMEN (Oren) - RM40
*Inspired by Coco Mademoiselle, Chanel
*Inspired by Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
*Inspired by Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
*Inspired by Baby Jesz, One Drop
*Inspired by Gold, Amouage
*Inspired by Montana "Parfum de Peau", Montana
*Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto
*Inspired by Amarige, Givenchy


..................................................................................................

Set 5 for WOMEN (Putih) - RM40
*Inspired by Fairy Dust, Paris Hilton
*Inspired by Flower, Kenzo
*Inspired by Eau De, Givenchy
*Inspired by Magnifique, Lancome
*Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
*Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
*Inspired by Pure Poison, Christian Dior
*Inspired by Midnight Fantasy, Britney Spears


.......................................................................................................




WOMEN Celebrities' Special (Pink) - RM45
*Inspired by M, Mariah Carey
*Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker
*Inspired by Curious, Britney Spears
*Inspired by Kate, Kate Moss
*Inspired by Show Time, Kylie Minoque
*Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton
*Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor
*Inspired by Glow, Jennifer Lopez

Untuk LELAKI (FOR HIM)





Set 1 for MEN (Biru) - RM40
*Inspired by Blue Jeans, Versace
*Inspired by CK One, Calvin Klein
*Inspired by Eternity, Calvin Klein
*Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
*Inspired by Acqua di Gio, Calvin Klein
*Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki
*Inspired by Hugo Men, Hugo Boss
*Inspired by Pour Homme, Paco Rabbane



..................................................................................................



Set 3 for MEN (Oren) - RM40
*Inspired by Desire, Dunhill
*Inspired by Hugo XY, Hugo Boss
*Inspired by Dior Sport, Christian Dior
*Inspired by Miracle Homme, L'Aquatonic
*Inspired by White Musk for Men, Body Shop
*Inspired by Diamonds for Men, Emporio Amani
*Inspired by Sculpture, Homme
*Inspired by Epiphany, One Drop Perfumes

..............................................................................................................




Set 3 for MEN (Hitam) - RM40
*Inspired by Desire, Dunhill
*Inspired by Hugo XY, Hugo Boss
*Inspired by Dior Sport, Christian Dior
*Inspired by Miracle Homme, L'Aquatonic
*Inspired by White Musk for Men, Body Shop
*Inspired by Diamonds for Men, Emporio Amani
*Inspired by Sculpture, Homme
*Inspired by Epiphany, One Drop Perfumes

................................................................................................



MEN Celebrities' Special (RM45)
*Inspired by Instinct, David Beckham
*Inspired by Unforgivable, Sean John
*Inspired by True Star, Enrique Iglesias
*Inspired by Jordan, Michael Jordan
*Inspired by Adventure, Ewan McGregor
*Inspired by Life, Adre Agassi
*Inspired by Blue Seduction, Antonio Banderas
*Inspired by He, Usher



........................................................................................


Anda juga boleh dapatkan koleksi wangian ini secara berasingan....
Boleh campur dari set - set yang sedia ada....
Sebotol wangian biassa hanya RM7
Sebotol wangian celebrity RM8
Beli 3 botol dari set wangian biasa = RM17.00 sahaja
Beli 3 botol dari set wangian celebrity = RM20.00
CARA PEMBAYARAN:
Pembayaran boleh di lalukan secara online atau deposit ke dalam akaun:
MAYBANK
NO ACCT: 1640 5203 0904
NORHAYATI AHMAD
HONG LEONG BANK
NO ACCT: 04650122341
NORHAYATI AHMAD
Setelah bayaran di buat sila maklum kan semua details supaya penghantaran dapat di buat dengan segera. Sila email atau sms details berikut:
*TARIKH
*MASA
*JUMLAH BAYARAN
*SET YANG DI KEHENDAKI
TEL: 0182235605
Penghantaran akan di buat setelah pembayaran di terima.
--> Kos Penghantaran RM5 atau bergantung kepada kawasan penghantaran....
Anda juga boleh berkomunikasi dengan saya melalui YM untuk sebarang pertanyaan atau maklumat eixora_my@yahoo.com

Terhangat!!!!!! Dapatkan Sabun Amoorea



AMOOREA sesuai untuk semua jenis kulit: Kulit Berminyak , sensetif , kering normal , jerawat , bersisik , berparut dan sebagainya. Malah sangat sesuai untuk kulit bayi terutamanya yang mempunyai masalah enzema.

AMOOREA juga berkesan untuk menghilangkan kehitaman dicelah peha dan ketiak. Kelemumur dan rambut gugur pasti dapat diatasi. Ini adalah kerana Amoorea ini bertindak menyahtoksik , membersih , mengawal pH , mencerah secara semulajadi , menghalus dan mengurangkan parut. Kulit anda akan kelihatan berseri-seri selepas mengamalkannya.

Kelebihan sabun amoorea
• Menghadapi Masalah Jerawat
• Ingin Mengurangkan Bintik Hitam
• Merawat Jeragat
• Kulit Kering atau Berminyak
• Ingin Mengecilkan Liang-liang Pori di Muka
• Ingin Menghilangkan Eye Bag
• Ingin Menjadikan Kulit Muka Halus , Tona Sekata dan Cerah
• Merawat Penyakit Kulit seperti Ekzema
• Mengecilkan liang-liang pori
• Mengawal ' blackhead' dan 'whitehead'
• Mengawal keseimbangan pH kulit
• Mengawal masalah jerawat dan kulit sensitive
•Mengurangkan kesan parut pada kulit
• Mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
• Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema , psoriasis , stretcmark , kesan selulit dan sebagainya
• Kulit kelihatan satu tona lebih cerah kerana proses 'exfoliation'
• Kulit kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi dan berseri-seri
• Sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
• Mengurangkan noda-noda hitam dan sel-sel mati pada sekeliling leher , celah ketiak dan 'bikini line'
• Bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
• Melembut dan menyihatkan rambut kelebihan sabun amoorea


ANDA TIDAK PERLU LAGI PAKAI CLEANSING dan TONER apabila telah menggunakan Amoorea

Dapatkan maklumat lanjut dan sertai kami --->>> http://www.gfi2u.com/index.php?r=1307

Tuesday, June 30, 2009

Aku lah penyambung "Warisan"

Entry terbaru ------------> scroll down

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan( korus )

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki

Aku Bukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Tuesday, June 23, 2009

Hari Gotong Royong

Pada hari ahad minggu lepas berlangsung majlis gotong-royong di Kafe Warisan Bilut. Gotong-royong membersihkan kawasan mini kebun yang terletak di belakang Kafe Warisan Bilut. Di hadiri oleh orang-orang kuat Kafe Warisan Bilut. Aktiviti yang di lakukan seperti mencabut rumput, menarah rumput, mengalih dan mengumpul kayu-kayu lama, mengutip sampah sarap dan dahan2 kering , membakar sampah sarap dan sebagainya. Bila dah di bersihkan, sejuk dan hijau mata memandang. Ada juga lanskap di belakang kedai daripada di biarkan semak dan lalang je tumbuh menghijau. Kami tanam pokok ni dari mula-mula kedai ni di sewa dan sepanjang tempoh pengubahsuaian kami tambah pokok skit2. Pokok2 yg dah besar mcm pokok pisang tu dah sedia ada, tuan kedai yg tanam. Sekarang dah macam2 pokok ada kat kebun mini nih.... Pokok sayur-sayuran seperti sawi, kangkung, kacang panjang, kacang buncis, kacang kelisa @ kacang botol, timun, tomato, bendi dan cili. Pokok buahan2 plak ada pokok pisang, rambutan, jambu, nenas, amra @ kedondong, tembikai, tebu, jagung dan macam2 lagi lah. Tapi pokok buah lambat lagi lah hasilnya. Pengunjung kedai yang on the way nak ke toilet pasti akan melalui kebun mini kami nih. Respon dari pengunjung pun agak memuaskan hati. Kawasan yang baru di terangkan tu kemungkinan akan di tanam dengan jagung dulu.
Oklah di harap aktiviti seperti ini dapat di teruskan dan dapat mengeratkan hubungan sesama pekerja dan rakan-rakan.
























Jika lalu di Kafe Warisan Bilut jangan lupa singgah yer...
Nak letak peta lokasi tapi tak tau nak create macam mana....
Ada sesiapa boleh membantu tak??? Hehehehehehe...........
Lepas ni entry pokok2 dan sayur2 dari kebun mini warisan.....

Monday, June 15, 2009

Amoorea Beauty Bar @ Sabun Ajaib??



Sedang hangat diperkatakan tentang sabun ini dipasaran. Kami sekeluarga pun tidak lepaskan peluang untuk mencubanya. Langkah pertama (biasale benda baru…was-was lagi..hehe) cuba dulu sapu kat lutut dan siku anak lelaki yang banyak gatal-gatal dan parut…nakal sikitle katakan. Selepas dua hari…alhamdulillah, kesannya amat menakjubkan…Fantastic!! Gatal-gatal telah hilang dan kesan parut pun semakin kurang. Pastu baru cuba gunakan kat muka….lepas 3 minit selepas dicuci…wah wajah nampak berseri dan bercahaya, kulit muka nampak tegang serta merta. Kini selepas 2 minggu semakin banyak perubahan terutama pada bekas jerawat, blackhead dan pigmentation makin pudar.

Maklumat lanjut boleh email saya: mrshazman@gmail.com atau eixora_my@yahoo.com (YM).

Sunday, June 7, 2009

Tiga Bulan Yang............

Salam semua...
Lama tak update kan....
Agak sibuk jugak lah...
Dah hampir 3 bulan kafe warisan bilut beroperasi...
Tempoh 3 bulan masih dalam tempoh pembelajaran dan percubaan, kami mensasarkan 6-12 bulan sebagai tempoh percubaan/pembelajaran. Banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari tentang selok belok perniagaan ini. Pekerja2 yang ada pun semakin mahir. Masalah nak cari tukang masak pun dapat di selesaikan. Doakan semoga kami terus sukses ya....


Nak share sikit gambar sepanjang minggu lepas...










(P/S: Harap maaf kualiti gambar kurang memuaskan, pakai hp jer)

Newer Posts Older Posts Home